Wednesday, December 16, 2009

NOR HUSNAINI BT ISA......

Tanggal 01 April 1985 lahirlah seorang kawanku yang aku beri nama neny.
Aku je yang panggil dia camtu, ntah sebab aku suka nama tu.
Nak tau x, kawan aku sorang ni nama panggilan dia banyak betul tau.
Kalau masuk book of record mesti dia yang menang coz nama panggilan banyak gila.
Aku ingat lagi masa kecil2 dulu bila aku call umah dia susah betul nak panggil nama dia sebab family dia panggil nama lain.

Aku dah berkawan dengan dia sejak kecil hinggala sekarang, tapi kan dulu masa kecik2 dia xnak sangat kawan dengan aku tau tapi ntahla jadi kena kawan la plak. tapi aku suka kawan dengan dia, banyak masalah yang aku kongsi dengan dia. Aku percaya pada persahabatan kami. Aku rasa setiap orang ada kawan baik. Nak tau x, kehidupan aku dengan dia lebih kurang sama. Kami sama2 cam ada nasib malang kot, ya la masing2 susah nak hidup senang, xdapat kije kerajaan. Tapi aku lebih la sikit sebab aku dah kawin.

Nak tau x, Kawan aku neny ni suka merajuk tau. Aduh, kalau dia merajuk ayam golek depan mata pun xkan dilayan punya. Tapi kalau aku merajuk, mesti aku baham punya ayam golek tu. Rugi tau tolak rezeki.

Ntahla, aku xtau nak citer apa. Papepun aku amat hargai persahabatan kami. Even masing2 sibuk, tapi tetap gak berhubung even jap. Bila ada masalah masing2 akan kongsi bersama. Terima kasih neny sebab sudi jadi sahabat kau. I love u so much......




Wednesday, December 9, 2009

Kata - Kata Mutiara

Setiap pagi bila masuk kerja, aku akan cari kata- kata motivasi untuk diri aku. Jadi aku nak kongsi juga dengan kawan- kawan. Ok tau bila baca, semangat la jap nak buat kerja, pahtu datang balik sikap malas aku ni.Apala aku ni kan, tapi aku rasa xde kot yang betul2 rajin nak buat kerja.


- Mimpi tidak akan jadi kenyataan jika kita asyik tidur je

- Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri

- Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara aje iaitu USAHA

- Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan

- Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & bukan hanya mengejar nama

- Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

- Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar

- Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik

- Nyanyian ibu untuk menidurkan anak yang kecil adalah suara yang paling merdu di dunia

- Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana - mana

- Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama

- Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

- Fikiran membawa kepada pekerjaan,Pekerjaan membawa kepada kejayaan, Kejayaan membawa kepada impian

Bacalah Kawan - Kawanku.......

Kata-kata Motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

Kegagalan adalah asas kemenangan

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

Kawan Baikku Yang Suka Makan.....

Semalam lebih kurang jam 9 malam, kawan baikku neny telah msg aku.
Aku ingat dia nak terus marah aku, maklumla orang kuat merajuk. Hehe...
Tapi salah aku gak, so aku pun mengalah je la.
Aku sedih bila dia cakap dia xtido sebab nak masak, dasyat betul.
Boleh caya ke ni kawan.... tapi aku sayang persahabatan kami.
Biasala tu gaduh2 sayang katakan.
Ada ke sebagai balasan dia nak aku masak, nak nasi ayam plak tu.
Aku dah dekat 2 tahun xpernah masak. Sejak kawin aku jz makan je, kalu x mak aku masak, mertua aku yang masak.
Hmmm, dulu masa lepas kawin aku pernah gak masak nasi ayam buat pertama kali dalam hidup aku dan mungkin juga jadi yang terakhir.
Kononnya masa tu buat2 pandai, tapi hampeh. Lain yang jadi. Failed teruk tau.
Tapi suami aku makan gak, maklumla baru kawin. Xsedap pun buat sedap je la kan.
Aku malu gila tau masa tu.... tapi biasala aku wak bodoh je.
Ni semalam kawan baik aku nk aku masak plak, alamatnya nasi ayam orang makan jadi nasi ayam yang ayam makan plak la kot.
Neny, jomla aku belanje mu makan kat kedai je, confirm tu nasi ayam yang boleh makan tau.
Janganla dera aku kawan oiii.
Mu xsayang aku ko....
hik hik hik, cedih ni.
Kla, t aku citer g ya lain kali.Bye....

Sunday, December 6, 2009

Seringkali Aku Terfikir......................



Seringkali aku terfikir, kenapakah nasib setiap orang tidak sama
Kenapa mereka yang kaya tidak pernah puas dan asyik mengejar duniawi
Kan bagus kalau semua orang kaya hulurkan sumbangan kepada mereka yang miskin
Aku selalu terfikir, kenapa yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin
Impian aku adalah untuk jadi kaya, aku ingin tolong orang miskin. Tapi yang paling aku nak tolong adalah anak yatim. Aku tak boleh tengok bila anak yatim di abaikan. Aku jadi nak nangis tapi aku cover je. Aku sebak bila aku tgk majoriti anak yatim / budak2 sekolah tahfiz terpaksa buat kerja sambil belajar untuk dapatkan duit / dana. Adil ke macam ni? Inilah dunia sekarang.

Seringkali juga aku terfikir, kenapakah seorang suami tidak menghargai seorang isteri. Adakah isteri seperti hamba dan hanya mainan dunia. Tidak sedarkah hati seorang isteri sentiasa terguris, tetapi isteri tidak pernah suarakan semua tu. Tidak cukup ke layanan seorang isteri kepada suami sampaikan suami ingin cari perempuan lain dan kepuasan lain di luar sana. Kenapa suami selalu rahsiakan sesuatu daripada isteri sedangkan kepada kawan mereka berkongsi. Jadi apa maksud sebuah perkahwinan sebenarnya. Banyak kemahuan isteri yang suami tidak tahu. Cukupkan dulu keperluan isteri baru fikir nak dapatkan benda lain yang xberapa penting.Adakah mereka bertanya dan cuba selidik apa kemahuan tersebut.Jawapannya TIDAK.Inilah yang menyebabkan penceraian. Kejarlah duniawi wahai suami. Kelak itu yang akan disoal kerana kamu lalai.Tunaikan tanggungjawab wahai suami sebelum kamu menyesal.Masa tidak boleh di undur.Inilah dunia sekarang.

Seringkali aku terfikir, Kenapakah peniaga melayu jarang yang boleh maju. Kenapakah mereka ingin cepat mengaut keuntungan dan lingkup akhirnya. Aku malu dengan sikap bangsa sendiri macam ni. Kita kadang2 lebih suka membeli di kedai cina sebab harga yang ditawarkan agak murah dan senang berkomunikasi. Kadang2 peniaga melayu kurang budi bahasa. kenapa ini boleh berlaku. Macam mana kita nak tolong bangsa sendiri sedangkan mereka tak nak berubah. Inilah yang terjadi sekarang.

Dunia makin parah. Bertaubatla semua kawan2. Kita hidup x lama je lagi. Dahla kejar duniawi.

Katadua mengenai Kesedihan

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan
.
Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

******** ERTI SEBUAH PERSAHABATAN *********

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.
==========

Aku ada seorang sahabat baik yang bernama Nor Husnaini Bt Isa. Sejak kecil lagi aku berkawan dengan dia. Aku ramai kawan tapi semua lupakan aku kecuali neny. Kadang2 kami lost contact bila masing bz tapi kami akan berhubung balik bila free. Kami faham situasi kami. Bila aku sedih dialah yang aku akan cari.Terima Kasih neny.
I Love You & Really Miss U.

SALAM PERKENALAN........

Akhirnya dapat juga aku buat blog
Aku ingatkan susah nak buat blog, rupanya senang je
Semua kawan2 minta aku buat blog
Tapi alasan aku xde masa, padahal aku xtau nak buat camne
Teruk kan aku ni, tapi ok la coz aku try gak akhirnya
Aku xtau nak tulis apa, maklumla budak baru belajar
Papepun salam perkenalan buat kawan2ku ya
Hari ni jz kita kenal dulu
T aku pke apa nak buat dgn blog aku ni
Bye....

Saturday, December 5, 2009

JANGAN…..

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Tips Cinta Sejati - Rasailah Kebahagiaan

Orang yang dicintai akan merasa bahagia.
Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.

Apa itu bahagia? Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?

Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.

Seorang pesakit barah kronik berkata ;
“Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap penyakit barah kronik.
Kerana penyakit ini, saya ditakdirkan boleh menjangka pada tarikh bila saya akan mati.
Jadi, saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa. Saya merasa gembira, puas dan bahagia”

Usah dikata “Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira.”
Kerana…kalau begitulah yang dikata, maka begitulah yang dirasa, begitulah jadinya.
Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh si Maha Pencipta.

Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada.
Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.

Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.
Untuk bahagia tidak perlu kaya.
Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.

Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana bahagia itu ada dalam diri manusia.


Rasa bahagia bukan apabila dicinta, tetapi untuk dicinta perlu rasa bahagia.

Muhasabah diri - Jadilah orang yang bersyukur!


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Muhasabah diri - Jadilah orang yang bersyukur!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.

Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Bugatti Cars