Sunday, December 6, 2009

Seringkali Aku Terfikir......................



Seringkali aku terfikir, kenapakah nasib setiap orang tidak sama
Kenapa mereka yang kaya tidak pernah puas dan asyik mengejar duniawi
Kan bagus kalau semua orang kaya hulurkan sumbangan kepada mereka yang miskin
Aku selalu terfikir, kenapa yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin
Impian aku adalah untuk jadi kaya, aku ingin tolong orang miskin. Tapi yang paling aku nak tolong adalah anak yatim. Aku tak boleh tengok bila anak yatim di abaikan. Aku jadi nak nangis tapi aku cover je. Aku sebak bila aku tgk majoriti anak yatim / budak2 sekolah tahfiz terpaksa buat kerja sambil belajar untuk dapatkan duit / dana. Adil ke macam ni? Inilah dunia sekarang.

Seringkali juga aku terfikir, kenapakah seorang suami tidak menghargai seorang isteri. Adakah isteri seperti hamba dan hanya mainan dunia. Tidak sedarkah hati seorang isteri sentiasa terguris, tetapi isteri tidak pernah suarakan semua tu. Tidak cukup ke layanan seorang isteri kepada suami sampaikan suami ingin cari perempuan lain dan kepuasan lain di luar sana. Kenapa suami selalu rahsiakan sesuatu daripada isteri sedangkan kepada kawan mereka berkongsi. Jadi apa maksud sebuah perkahwinan sebenarnya. Banyak kemahuan isteri yang suami tidak tahu. Cukupkan dulu keperluan isteri baru fikir nak dapatkan benda lain yang xberapa penting.Adakah mereka bertanya dan cuba selidik apa kemahuan tersebut.Jawapannya TIDAK.Inilah yang menyebabkan penceraian. Kejarlah duniawi wahai suami. Kelak itu yang akan disoal kerana kamu lalai.Tunaikan tanggungjawab wahai suami sebelum kamu menyesal.Masa tidak boleh di undur.Inilah dunia sekarang.

Seringkali aku terfikir, Kenapakah peniaga melayu jarang yang boleh maju. Kenapakah mereka ingin cepat mengaut keuntungan dan lingkup akhirnya. Aku malu dengan sikap bangsa sendiri macam ni. Kita kadang2 lebih suka membeli di kedai cina sebab harga yang ditawarkan agak murah dan senang berkomunikasi. Kadang2 peniaga melayu kurang budi bahasa. kenapa ini boleh berlaku. Macam mana kita nak tolong bangsa sendiri sedangkan mereka tak nak berubah. Inilah yang terjadi sekarang.

Dunia makin parah. Bertaubatla semua kawan2. Kita hidup x lama je lagi. Dahla kejar duniawi.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Bugatti Cars