Wednesday, December 9, 2009

Kata - Kata Mutiara

Setiap pagi bila masuk kerja, aku akan cari kata- kata motivasi untuk diri aku. Jadi aku nak kongsi juga dengan kawan- kawan. Ok tau bila baca, semangat la jap nak buat kerja, pahtu datang balik sikap malas aku ni.Apala aku ni kan, tapi aku rasa xde kot yang betul2 rajin nak buat kerja.


- Mimpi tidak akan jadi kenyataan jika kita asyik tidur je

- Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri

- Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara aje iaitu USAHA

- Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan

- Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & bukan hanya mengejar nama

- Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

- Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar

- Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik

- Nyanyian ibu untuk menidurkan anak yang kecil adalah suara yang paling merdu di dunia

- Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana - mana

- Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama

- Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

- Fikiran membawa kepada pekerjaan,Pekerjaan membawa kepada kejayaan, Kejayaan membawa kepada impian


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Bugatti Cars